Wednesday, August 3, 2016

lelaki dan perempuan (satu)


malam itu terang dari malam-malam kemarin yang hanya bisa si perempuan jamah dari tingkap di kamar di rumahnya, malam itu dia jauh dari rumah dan dia tidak mahu menatap malam hanya dari tingkap kamar.

"mari jalan jalan ke luar,bandar ini seperti tidak benarkan aku untuk tidur walaupun sudah lewat sebegini." bilang dia sambil si perempuan menyarung kasut di kakinya.
"marilah aku juga mahu cari jika ada gerai makan yang masih buka, aku masih lapar" tanpa berlengah si lelaki mengambil uangnya dan menuju ke si perempuan yang sudah pun menunggu di pintu.

mereka keluar dari hotel dan berjalan menuju ke gerai makanan yang berdekatan. order,makan dan terus beredar, tak seperti selalunya ; mereka akan duduk dan adakan diskusi random perihal hidup yang akan memakan masa berjam-jam sampai meja mereka dipenuhi gelas-gelas kosong.

"kau mahu pulang terus atau mahu kemana-mana?" ujar si lelaki sambil mengusap perutnya yang sudah kekenyangan, matanya layu dan suaranya malas mungkin otaknya sedang mengkhayalkan keenakan tilam yang empuk serta kesejukan penghawa dingin dan nikmat tidur yang akan dia lalui setelah kekenyangan di kamar hotel yang mereka sewa.

"kalau kau mahu pulang, pergilah dahulu. aku masih segar, aku mahu lihat keliling kota ini dahulu. nanti aku sudah penat aku pulanglah, spare key kan ada dkt aku" jawab si perempuan sambil mengeluarkan earphone di beg galasnya dan mencucuknya ke telinga.

"bandar ini bandar asing,nanti kau sesat. dah biar aku ikut sama"

mereka menyusur di lorong lorong bandar mati itu,bangunan-bangunan lama itu lebih cantik di sinari lampu neon kekuningan, lebih nostalgic.

dan setelah kaki kedua mereka lenguh, mereka memutuskan untuk berehat sebentar di tepi jalan yang mengadap jalan raya beratapkan langit yang bogel tanpa bintang.

"kau mahu dengar apa aku dengar?" bilang si perempuan memecahkan sunyi malam sambil memberi sebelah earphone-nya ke si lelaki.
"boleh" sambil si lelaki menyambut tanpa banyak soal dan menyumbat ke lubang telinganya.

dan mereka terlalu asyik melayan malam di bandar tua itu dengan tekaan tentang manusia-manusia yang melintas dihadapan mereka;tentang apa yang sedang mereka fikirkan, apakah hidup mereka seperti apa yang mereka impikan, adakah mereka gembira dan tekaan tekaan random yang lain.

"hey, ini mungkin kelakar bagi kau tapi aku ada satu benda nak tanya" bilang si lelaki dengan muka yang tegas.
"apa dia? jangan cakap kau nak tanya kenapa kita dua addict dgn bandar ni lagilah, aku sampai sekarang tak dapat jawapan tu" dia ikut gelak si perempuan.
"tak bukan. yang ni soalan lain. okay lah serious lah bodoh" sambung si lelaki.
"ha apa dia, tanyalah" jawab si perempuan dengan muka bersahaja.
"kalau nanti, umur aku dah cecah 40 dan aku masih tak ada sesiapa begitu juga kau. apa kata kita kahwin dan terus menginap di bandar ini?" soal si lelaki sambil menantikan jawapan si perempuan.

suasana sepi seketika, musik yang sedang bermain di telinga seperti tak dihiraukan.
"woi, nak tak!". teriak si lelaki perlahan.
si perempuan gelak sebelum menjawabnya "weh tu bukan ayat dekat novel apa entah tu, hahaha!".
"memanglah tapi ni aku sirius"
"kahwin?"
"ha ah"
"aku? kahwin? kau salah orang ni tanya. kau dari dulu tahu aku memang taknak kahwin, tak kiralah umur aku berapa pun,kahwin bukan untuk aku."
"sampai bila kau nak hidup dengan prinsip tak nak kahwin kau tu?"
"aku tak rasa aku akan hidup lama, dari aku sediakan diri aku untuk jadi bini orang baik aku sedia kan diri aku untuk mati, haha"
"ego kau nak cecah langit ke berapa ni?"
"dahlah jum balik, aku dah mengantuk ni"

perbualan mereka berakhir dengan dihantui sepi malam,sepanjang perjalanan pulang mereka hanya ditemani musik sebelah telinga yang berputar random dan pertanyaan yang tiada jawapan.

-Ipoh.