Friday, September 27, 2013

x

hati sudah rongak
nunggu tetes tetes
ruh kamu yang jatuh
penuhkan isi leteral
sampai penuhnya
khas untuk aku.

hanya untuk aku sendiri.

aduh,hati sudah makin
rongak ni bila mahu penuh?

x

sore ini,
rindu datang himpit --aku sempit.

langit merun,
rindu makin ligat --aku jelak.

oi rindu,
jerut saja leher ini.

x

geli gelilah perasaan bila
dikeletek gemalai
dikeletek koyak.

geli gelilah perasaan sampai
rasa tersedak ternangis tersengih
terkebas terkebas terkebas rasa.

x

dah pakai serum
dah pakai losyen,
tapi tangan tetap
kasarretakpecahburuk.

gara gara nadah kamu
gara gara jadi alas kamu,

yang tak mahu henti henti menari.

x

"bekas pun boleh baik lah"
- tapi tak sebaik yang asal.

Thursday, September 26, 2013

idamkan.

lelaki yang kau idamkan
idamkan perempuan yang



























macam dia.
bukan kau.

difference.

manusia yang
seluarnya dikancing
tapi zipnya tidak
lagaknya biasa semena.
malu.

manusia yang
seluarnya terburai
kakinya telanjang
anunya dibelai .
megah.

beza.

mary juanne.

O juanne,
bagai sepahan rumput
yang berasak terabur,
sungguh ingin aku hadam.
walau kamu layu kering
tetap aku dambakan .

O juanne,
bagai asap kelabu cair
yang mencanak di udara,
sungguh ingin aku kamu 
dikurung. walau dikit nisbahmu
tetap tak mahu aku terbazirkan. 

O juanne,
biarlah seberapa bilangannya
yang membenci yang menfitnah
yang mencaci yang menghina
yang membusukkan kamu.
aku tetap dan akan terus ,

cintakan kamu.

Thursday, September 12, 2013

x

"bila susah baru cari, masa senang tak nak cari"

mereka bilang.
jadi sudah aku cari mereka ; bila-bila.
cumanya aku yang tak di endah mereka.

terussan.

well.

he leaving her,
for good.

then,
she leaving
everyone and everything too.

and this time it will be;forever.

but still,
no one care.

not even anyone.
not even him,
not even herself.

well.

anjing.

kau arah aku 
untuk turut semua 
hendak kau dan 
bila aku sudah 
sebati dengan perintah
bagai anjing yang
setia menurut,
                                                                                                                           aku, kau buang.

dan masih seperti anjing,
aku masih setia menunggu.

Saturday, September 7, 2013

untuk sebenarnya.

lelaki bagi baca,

puisi tentang satu perempuan,
"daripada dia" katanya,
menelunjuk ke lelaki lain.

isinya hancur,
tulisannya rapuh,
hatinya diserum racun,
harapannya dibawa lari angin.

dan aku tahan hati diam
untuk tidak mahu merasa apa.

untuk sebenarnya tahu
yang hancurrapuh itu,
yang dirserumracundibawalariangin itu.

kepunyaan dia ke aku;
yang aku baca itu,
yang dirasa dia ke aku;

untuk sebenarnya tahu.

watch me.

Donna,



lihat aku,
terussan,
seperti yang engkau selalu.



aku ini,
tenggelam di angkasa,
terapung dalam gravite
terbang di hujung langit

sambil menuggu jelak tahi bintang

dan yang selalu,
hitam.

"Im not a stalker, i just love to read"

i said to him,
the one that 
i read about.

sudah pun.

aku tak perlukan nama engkau,
tak perlu tahu gi mana rupa kau,
tak perlu endah suara kau,
tak perlu minati apa kesukaan kau.
juga, tak perlu kenal peribadi engkau.

yang cuma harus aku tahu ialah
apa yang coba engkau sampaikan
dalam tiap tetes bait kata , dan
tulisan2 ini memang kepunyaan engkau.


cukup,
dan aku
sudah pun menyintainya.

x

tiga tahun,
gantung hati pada yang lepas.

tiga tahun,
baru sedar tak pernah ada sayang.

 -02:39:13 , 12/06/2013.

x

dan,
setiap ketiadaan




mewujudkan aku ; di sini.

-12:28:08 , 24/12/2012.