Thursday, September 26, 2013

mary juanne.

O juanne,
bagai sepahan rumput
yang berasak terabur,
sungguh ingin aku hadam.
walau kamu layu kering
tetap aku dambakan .

O juanne,
bagai asap kelabu cair
yang mencanak di udara,
sungguh ingin aku kamu 
dikurung. walau dikit nisbahmu
tetap tak mahu aku terbazirkan. 

O juanne,
biarlah seberapa bilangannya
yang membenci yang menfitnah
yang mencaci yang menghina
yang membusukkan kamu.
aku tetap dan akan terus ,

cintakan kamu.

No comments:

Post a Comment