Friday, October 4, 2013

x

aku perhatikan gerak,
--soroksorok.

aku selakkan hati ,
--diamdiam.

aku bacakan langit,
--sayupsayup.

aku dodoikan tangis,
--gelapgelap.

aku hadirkan bahu,
--samarsamar.

kerana kau terlalu mahu hilang
kerana kau terlalu mahu lesap
kerana kau terlalu mahu rosak
kerana kau terlalu mahu sendiri,

untuk aku kau jelmakan , kawan.

No comments:

Post a Comment