aku mahu kongsi titis-titis langit sama kamu , tapi kamu lebih rela disinari cahaya matahari. aku mahu kongsi malam dan bintang yang menari-nari keliling bulan sambil di tiup lullaby angin hitam , tapi kamu bencikan gelap jadi kamu tutup langsir dan langsung tidur. aku mahu angin malam membelai muka kita dan menjamah tubuh kita yang telanjang , tapi kamu kata pergilah dahulu nanti kamu datang, tapi tak pernah ada kamu. aku mahu kongsi jalan yang tiada destinasinya, tapi yang kamu buat cuma tinggalkan aku di tepian jalan asing, dan selalunya kamu begitu ;
kerana kamu tahu nanti bila kamu balik, masih ada yang menunggu kamu lagi disini.
No comments:
Post a Comment